Kek istimewa berasal dari SARAWAK, warisan turun temurun dari generasi ke generasi baru. Kek dijamin sedap dan lazat, sangat sesuai umtuk hidangan di hari Perayaan, Majlis Perkahwinan, Hari Jadi dan pencuci mulut.
Nak kongsi resepi?
KEK LAPIS 4 RASA
KEK LAPIS 4 RASA
- 10 biji telur gred A
- 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna SCS
- 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) – QH guna tepung gandum
- 150 g gula kastor
- 100 g serbuk horlicks
- 150 g serikaya
- 300 g susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) – QH guna paste pandan biase saje + pewarna hijau
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar – QH guna coklat emulco
- 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu
- 1 sudu kecil oren emulco + pewarna oren – QH tambah
Cara-cara :
- Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
- Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
- Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
- Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
- Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
- Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
- Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
- Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis.
- Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
- Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
- Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
- Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
- Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.
okeh...untuk resepi kita yang kedua pula ialah Kuih Lapis Pelangi...yg ni kuih, tpi lbh kurang mcm kek lapis jg la...hehe
KUIH LAPIS PELANGI
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah, hijau, putih, kuning
Cara Penyediaan
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
Kuih Lapis Pelangi ni agak senang sikit nk buat...sbb bahan2 yang digunakan sikit je begitu juga dengan penyediaannya...so, apa tggu lagi cpt2 la copy ye...baiklah skrg kita masuk kepada resepi yg seterusnya iaitu Kek Lapis Sarawak...
KEK LAPIS SARAWAK
BAHAN A (dalam kek)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet
BAHAN B (dalam kek)
200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat
BAHAN UNTUK BAHAGIAN LUAR KEK..
300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair
300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT DI DALAM KEK
1. Pukul Bahan B hingga sebati.
2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke 2 masukkan pewarna merah dan bahagian ke 3 masukkan pewarna kuning.
4. Bakar bahagian pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bahagian ke 2 dan seterusnya bahagian ke 3. Buat 3 lapisan.
5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potong kek tersebut berbentuk memanjang.
6. Kemudian potong kepada bentuk segitia kecil-kecil atau segiempat sama. Biarkan dulu.
CARA UNTUK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
1. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata dan sebati.
2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan-adunan habis.
GUNA ACUAN UNTUK 81/2 x 81/2 inci yer...
KEK LAPIS BATIK KENYALANG
KEK LAPIS BATIK KENYALANG
Sumber : Majalah Saji, April 2003
Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.
Cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya
bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).
6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan orensehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.
9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan
sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.
Nota:
Anda boleh juga menggunakan acuan yg besar sedikit seperti 10" x 10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, kek2 lapis Sarawak mempunyai bentuk yg tinggi dan cara memotongnya juga berlainan.
2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya
bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).
6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan orensehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.
9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan
sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.
Nota:
Anda boleh juga menggunakan acuan yg besar sedikit seperti 10" x 10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, kek2 lapis Sarawak mempunyai bentuk yg tinggi dan cara memotongnya juga berlainan.
sekarang nk kongsi resepi untuk Laksa Sarawak...kita nk jg tukar selera kdg2 kn..hehehe
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
- 8 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 10-12 tangkai cili kering*
- 1 inci lengkuas*
- 1 sk ketumbar
- 1 sk jintan manis
- 1 sk jintan putih
- 3 biji buah keras*
- 2-3 batang serai*
- 1 inci belacan bakar*
- 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
- 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
- sedikit garam
- sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
- Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
- Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
- Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
- 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
- isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
- 1/2 kilo udang basah
- 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
- 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
- 2 batang serai (diketuk)
- 200-250 ml santan pekat
- garam dan gula secukup rasa
- taugeh (dicelur)
- sedikit daun ketumbar (diracik)
- limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
- Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
- Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
mmg sedap sambal udang kering dari Dayang nii..
Resepi Sambal Udang Kering
bahan-bahan :
- 6 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- sedikit belacan bakar (dikisar)
- segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
- 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!